PENYANYI Liza Hanim mendedahkan yang dia terkenang memori bersama Allahyarham Siti Sarah ketika sedang menunggu giliran persembahan bagi segmen peserta hot seat All Stars Gegar Vaganza semalam.
Kebetulan menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi yang pernah dipopularkan oleh Sarah, menurut Liza dia sempat membacakan Al-Fatihah kepada arwah sebelum meneruskan persembahan.
“Masa tunggu di hotel, saya sempat buka YouTube (menonton Gegar Vaganza). Ketika itu, Khai Bahar dan Nadeera sedang menyanyi untuk memperkenalkan para peserta musim ini. Saya beritahu team saya: 'dulu kita pernah nyanyi dengan arwah Sarah’. Pada waktu itu saya sedang hamil anak kelima.
“Jadi saya terkenang memori dengan arwah… pergi berlatih dekat rumah Tok Ram sama-sama. Jadi saya hanya terkenangkan arwah, acknowledge yang dia sudah tiada. Dia akan sentiasa dirindui,” tutur Liza Hanim.
Ditanya adakah kemungkinan arwah akan mengisi kerusi hot seat jika dia masih ada, jawab Liza: “Sudah tentu. Kalau arwah masih ada... dia pasti akan tersenarai sebab dia merupakan penyanyi yang bagus dan berbakat besar,” kongsi Liza yang popular dengan lagu Gelisah mimpi itu.
Melanjutkan bicara mengenai persembahannya pada malam semalam, Liza berkata, dia agak gementar memandangkan dia tidak pernah menyanyikan lagu yang ditugaskan oleh Datuk Ramli MS kali ini.
“Saya takut sebab jarang nyanyi lagu berentak rancak, tambahan pula saya tidak pernah menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi… pernah dengar tapi tak pernah nyanyi.
“Tapi apa pun, saya naik atas pentas dengan satu matlamat iaitu untuk have fun. That’s the thing, kita perform sebab kita nak have fun,” katanya lagi.
Untuk rekod, Siti Sarah menyertai Gegar Vaganza musim ketiga.
Selain Liza, peserta hot seat All Stars Gegar Vaganza termasuklah Zamani, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Tomok dan Suki Low.
Peserta sedia ada untuk musim ini adalah Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838. - Gempak
Gempak
Mon Sep 25 2023
Liza Hanim erkenang memori bersama Allahyarham Siti Sarah ketika sedang menunggu giliran persembahan bagi segmen peserta hot seat All Stars Gegar Vaganza, malam tadi.
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Kes saman lima sekawan: Siti Nordiana lega, nak 'move on'!
Penyanyi Siti Nordiana menyatakan bahawa dirinya telah melupakan isu saman terhadap lima sekawan yang telah selesai baru-baru ini.
All Stars Gegar Vaganza: Jangkaan tersasar, Liza Hanim tetap menang di hati peminat
Meskipun tidak berjaya, Liza Hanim tetap bersyukur kerana dapat menamatkan musim ini dengan satu penamat yang indah.
All Stars Gegar Vaganza: Jaclyn Victor dedikasi hadiah kemenangan untuk anak-anak
Jaclyn berkata dia berhasrat mengadakan majlis bersama dengan kelab peminat kelak tanpa perlu menggunakan wang kemenangan itu.
Juri sebulat suara memilih Jac untuk menang - Datuk Syafinaz
Syafinaz berkata keputusan mengangkat Jaclyn Victor sebagai juara dibuat sebulat suara juri tetap ASGV.
All Stars Gegar Vaganza: Ini ranking semua finalis - Hady Mirza tempat kedua, Liza Hanim...
Menurut Idlan, pihak produksi mahu memberikan fokus kepada pengumuman juara pada penghuhung konsert.
All Stars GV: ‘Back to back’, Jaclyn Victor dinobat juara sekali lagi
Selepas 12 minggu berhempas pulas di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) gelaran juara akhirnya menjadi milik Jaclyn Victor.
Siapa bakal juara All Stars Gegar Vaganza?
Liza Hanim diramal berpeluang jadi juara, Hady Mirza pula disifatkan saingan paling rapat.
All Stars Gegar Vaganza: Netizen petik dua nama untuk ramalan juara!
Menerusi tinjauan di media sosial, netizen sudah mula meramalkan juara All Stars Gegar Vaganza pilihan mereka.
All Stars Gegar Vaganza: Azharina sebak bakal nyanyikan lagu kegemaran ibu
Bintang All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina Azhar akui sebak sebaik sahaja menerima lagu untuk tugasan akhir di pentas final.
Sooka serba baharu tawar harga menarik serendah RM14.90 sebulan
Sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan.